Mangsa ribut Balok terima sumbangan YADIM Pahang

KUANTAN – Mangsa kejadian ribut di Balok di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 6 April. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan yang hadir sendiri ke kawasan ini. Seramai 80 wakil keluarga yang menjadi mangsa kejadian itu menerima sumbangan wang tunai daripada YADIM dalam majlis yang diadakan […]

Ziarah Kasih Kampung Kenang Kenangan

TONGOD – Usaha menyampaikan dakwah dan menyantuni masyarakat pedalaman di negeri ini sememangnya bukan mudah. Tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang melaksanakan program Ziarah Kasih ke Kampung Tongod di sini. Perjalanan ke kampung ini memakan masa dua jam dari pekan Tongod dan mencecah enam jam dari Kota Kinabalu. […]

Ziarah Kasih Klien AADK di DUN Semerak

PASIR PUTEH – Mendekati golongan yang berusaha memulihkan dan menjauhkan diri daripada najis dadah adalah salah satu elemen penting dalam pemulihan mereka. Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 6 April telah menziarahi tiga klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Dewan Undangan Negeri Semerak di sini. Program ini dijayakan […]

RM5 kadar zakat fitrah wajib Wilayah Persekutuan – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan bergantung kepada jenis beras yang dimakan. “RM5 iaitu kadar wajib […]

SOP solat terawih sama seperti solat lain

BANGI – Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai solat terawih akan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam masa terdekat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP itu akan sama seperti prosedur solat biasa yang dikeluarkan sebelum ini. SOP solat terawih akan dikeluarkan oleh JAWI dalam […]