Home » Citra Yadim » Mangsa ribut Balok terima sumbangan YADIM Pahang

Mangsa ribut Balok terima sumbangan YADIM Pahang

KUANTAN – Mangsa kejadian ribut di Balok di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 6 April.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan yang hadir sendiri ke kawasan ini.

Seramai 80 wakil keluarga yang menjadi mangsa kejadian itu menerima sumbangan wang tunai daripada YADIM dalam majlis yang diadakan di balairaya Kampung Balok itu.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Yang Berhormat Tuan Haji Andan Sura, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dan Tok Empat Kampung Balok, Mansor Mokhtar.

Ustaz Nasrudin juga meluangkan masa menziarahi beberapa kediaman mangsa kejadian ribut berkenaan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *