SOP solat terawih sama seperti solat lain

0
309
SOP solat terawih akan dikeluarkan oleh JAWI dalam masa terdekat. Sebelum Ramadan, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Sinar Harian

BANGI – Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai solat terawih akan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP itu akan sama seperti prosedur solat biasa yang dikeluarkan sebelum ini.

SOP solat terawih akan dikeluarkan oleh JAWI dalam masa terdekat. Sebelum Ramadan.

- advertisement -

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

“Biasanya sama seperti solat biasa cuma oleh kerana masa yang panjang sedikit, mungkin ada beberapa hal yang mungkin di nyatakan dalam SOP tersebut. Kita harapkan yang terbaik,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis Melestari Budaya Prihatin Dalam Menyampaikan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Pasca Covid-19 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), pada 6 April.

Dr Zulkifli sebelum ini berkata, SOP bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih, akan diperinci dan diumumkan tidak lama lagi.

SOP akan diselaraskan JAWI manakala negeri lain ditentukan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula 13 April ini.

Kerajaan negeri Selangor membenarkan rakyatnya menunaikan solat sunat tarawih pada tahun ini di masjid dan surau mengikut syarat dan kapasiti ditetapkan iaitu 1,000 jemaah lelaki dan 250 jemaah wanita.

Negeri Sabah pula membenarkan solat terawih lapan rakaat dilakukan di majlis dan suraunya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mac lalu berkata, kerajaan bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here