SAY Bachok santuni asnaf

BACHOK -Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY). Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Tanjong,  Kampung Aur,  Kampung Kandis dan Kampung Telong. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan miskin tegar. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]

Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Sekitar program Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit pada 19 April. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Turut diadakan ialah Ceramah Bicara Dakwah […]