Home » Citra Yadim » SAY Bachok santuni asnaf

SAY Bachok santuni asnaf

BACHOK -Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY).

Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Tanjong,  Kampung Aur,  Kampung Kandis dan Kampung Telong.

Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan miskin tegar.

Bantuan berupa barangan keperluan harian asas telah diserahkan oleh Ketua SAY Bachok, Ustaz Mohd Rosdi Abdul Samad. Turut hadir Setiausaha Sukarelawan Yadim Jajahan Bachok Ustazah Nor Hayati Ibrahim dan Ahli Sukarelawan Jajahan BachoK, Nor Alizaini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *