Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah danĀ  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM Terengganu

Bicara Dakwah danĀ  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Sekitar program Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit pada 19 April.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Turut diadakan ialah Ceramah Bicara Dakwah “Rahsia Sihat Bulan Ramadhan” disampaikan oleh Prof. Dr Harmy  Yusof dari Universiti Sultan Zainal Abidin, selaku Timbalan Presiden 1, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.

Turut hadir Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abd. Rashid Che Ali  dan Timbalan Pengarah IPG Dato’ Razali Ismail, Aminuddin Abu Bakar.

Kira-kira 100 orang peserta dari kalangan kakitangan dan pelajar IPG menyertai program Bicara Dakwah yang dianjurkan.

Bagi negeri Terengganu, YADIM mensasarkan sebanyak 30 program yang akan dilaksanakan di tujuh daerah iaituKuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman dan Dungun.

Program yang dirancang termasuklah Bicara Dakwah (fizikal dan atas talian), Juadah Musaadah (berbuka untuk asnaf, dihantar terus ke rumah mengguna khidmat sukarelawan YADIM, Musa`adah Asnaf iaitu sumbangan barangan keperluan harian dan Iftar YADIM bersama warga Rumah Kebajikan Villa Mawaddah.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama rakan agensi seperti Institut Modal Insan Terengganu, Yayasan Islam Negeri Terengganu,Sukarelawan YADIM, Masjid Padang Mengkuang dan Persatuan Ibu Tunggal.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *