Bazar Ramadan bukan penyumbang peningkatan kes Covid-19

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menafikan bahawa bazar Ramadan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di beberapa buah negeri baru baru ini. “Bazar bukan penyebabnya, punca utama adalah bila tidak ada kepatuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP). Jika semua patuh pada SOP yang telah ditetapkan, tiada kes dan jangkitan […]

Bicara Dakwah YADIM Kedah di IPD Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan program Bicara Dakwah di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada 21 April. Seramai 50 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai polis serta isteri anggota di IPD ini menyertai program ini. Pegawai YADIM […]

Bakul makanan untuk Sabah VFM Oleh YADIM Sabah

KOTA KINABALU – RTM Sabah merupakan antara rakan strategik utama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini. Keduanya saling bekerjasama dalam pelbagai bentuk yang memanfaatkan rakyat. Pada 21 April, YADIM Sabah menyampaikan 60 unit bakul makanan kepada Sabah VFM untuk program stesen radio itu di Kiulu, Tuaran nanti. Program Cakna Komuniti pada 24 dan […]

Agihan Juadah Berbuka Puasa SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Memasuki hari kelapan umat Islam berpuasa pada 20 April, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat konsisten menyantuni mereka yang memerlukan. Ziarah kali ini menyaksikan mereka menyantuni lapan keluarga di Sijangkang dan Kampung Medan di sini menerusi pemberian juadah berbuka puasa dan sedikit wang tunai. Enam yang disantuni merupakan keluarga […]

SAY Rantau Panjang teruskan santuni asnaf

RANTAU PANJANG – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 20 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Rantau Panjang. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Saji dan Kampung Kuen Merah di sini. Sebanyak lima keluarga asnaf di kawasan ini disantuni mereka. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]

Ramah mesra dan sumbangan asnaf Pulai Sebatang

PONTIAN – Seramai 80 asnaf kawasan Pulai Sebatang di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 20 April. Mereka yang disantuni terdiri daripada asnaf, masyarakat orang asli dan mangsa banjir yang melanda kawasan ini pada tahun lepas. Majlis dimulakan dengan penyerahan bantuan kepada mangsa banjir dan asnaf di Dewan Masjid Kampung Parit […]