Home » Citra Yadim » Ramah mesra dan sumbangan asnaf Pulai Sebatang

Ramah mesra dan sumbangan asnaf Pulai Sebatang

PONTIAN – Seramai 80 asnaf kawasan Pulai Sebatang di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 20 April.

Mereka yang disantuni terdiri daripada asnaf, masyarakat orang asli dan mangsa banjir yang melanda kawasan ini pada tahun lepas.

Majlis dimulakan dengan penyerahan bantuan kepada mangsa banjir dan asnaf di Dewan Masjid Kampung Parit Ibrahim di sini.

Ia kemudiannya diteruskan dengan majlis ramah mesra dan iftar jamaie dengan penduduk di Dewan Orang Ramai Air Baloi.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tugas Tugas Khas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Nushi Dato Mahfodz. Hadir sama ialah Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri  Pulai Sebatang, Ustaz Abdullah Husin.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *