YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan komuniti Taman Bukit Kaya

KANGAR – Kaum ibu merupakan antara golongan sasaran untuk usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini dalam Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Justeru bagi merealisasikan hasrat itu, antara inisiatif terbaharu yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan Komuniti Taman Bukit Kaya di sini pada 27 November. […]

Klinik Solat di Surau At Taawun Kampung Bok Bak

BALING – Pengisian Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pada 27 November di Surau At Taawun Simpang 3 Kampung Bok Bak di sini. Menerusi program YADIM Interaktif -Tahsin Ibadah(Klinik solat), seramai 50 peserta menerima ceramah berkaitan solat bermula dari wuduk, rukun solat, peranan hati, peranan akal, peranan anggota dan kepentingan […]

18 keluarga mangsa kebakaran Kota Bharu disantuni Yadim Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 November telah menziarahi 18 keluarga mangsa dua kejadian kebakaran yang berlaku di sini. Hadir menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian adalah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemenang Amanah YADIM, […]

Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021

JOHOR BAHRU – Serentak di 13 lokasi pada 27 November, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) 2021. Diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Negeri Johor, program ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan pendakwah muda dikalangan remaja. Program julung kali diadakan […]