Home » Citra Yadim » Klinik Solat di Surau At Taawun Kampung Bok Bak

Klinik Solat di Surau At Taawun Kampung Bok Bak

BALING – Pengisian Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan pada 27 November di Surau At Taawun Simpang 3 Kampung Bok Bak di sini.

Menerusi program YADIM Interaktif -Tahsin Ibadah(Klinik solat), seramai 50 peserta menerima ceramah berkaitan solat bermula dari wuduk, rukun solat, peranan hati, peranan akal, peranan anggota dan kepentingan ibadah berkenaan.

Ia disampaikan pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad.

Program ini diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau At Taawun dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Bok Bak/Tanjung Nering.

Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kampung Bok Bak, Abu Hassan Musa serta ahli jawatankuasa surau At Taawun.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *