Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan komuniti Taman Bukit Kaya

YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan komuniti Taman Bukit Kaya

KANGAR – Kaum ibu merupakan antara golongan sasaran untuk usaha melestari gerakan dakwah di negeri ini dalam Bulan Dakwah 2.0 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis.

Justeru bagi merealisasikan hasrat itu, antara inisiatif terbaharu yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program YADIM Interaktif: Bicara Mawaddah di Dewan Komuniti Taman Bukit Kaya di sini pada 27 November.

Program ini diadakan dengan kerjasama Lembaga kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Negeri Perlis.

Seramai 70 orang peserta menyertai program ini.

Antara pengisian ceramah bertajuk
‘Keluarga Yang Awesome yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustazah Nor Asma Abdullah ialah bagaimana membentuk keluarga yang hebat dunia akhirat, mencari bahagia dalam rumah tangga, peranan ibu dalam usaha memastikan rumahtangga mendapat berkat dan tenang serta
penjelasan beberapa ayat Al Quran dalam membina keluarga yang hebat.

Hadir ke majlis ini ialah Pengerusi LKPI Perlis, Hajjah Che Ah Long dan Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *