YADIM Kedah dakwah anak muda di gelanggang futsal.

BUKIT BESAR – Dalam usaha menyampaikan dakwah kepada golongan muda, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Department of Art and Sports (DACS) Negeri Kedah dalam penganjuran Pertandingan Futsal Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerai di Anjung Sport pada 22 Januari. Pertandingan yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini […]

Bicara dakwah dan penyampaian sumbangan bersama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan

TAMPIN – Kerjasama strategik YADIM Negeri Sembilan dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini ternyata membawa manfaat kepada banyak pihak. Terbaharu pada 22 Januari bertempat di Masjid Qariah Kampung Repah di sini, YADIM Negeri Sembilan bersama rakan NGO MyFundaction  telah mengadakan program Bicara Dakwah. Dengan tajuk ‘Benteng Akhir Zaman’ ia telah disampaikan oleh […]

Barokah Subuh di Masjid Mukim Permatang Sungkai

PASIR PUTEH – Sebagai usaha mengimarahkan masjd dan menarik jemaah menunaikan solat subuh berjemaah, YADIM Kelantan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Permatang Sungkai di sini pada 22 Januari telah mengadakan program Barokah Subuh. Pengisian pada program ini adalah  kuliah subuh khas selepas menunaikan solat fardu berkenaan secara berjemaah.  Kuliah subuh khas ini telah disampaikan oleh Ustaz  […]

Pengisian rohani untuk ahli SAY Seberang Takir

SEBERANG TAKIR – Bukan sahaja terlibat dengan pelbagai gerakan dakwah di lapangan, tetapi ahli Sukarelawan YADIM (SAY) juga diberikan pendedahan dan pengisian kerohanian untuk memantapkan jatidiri mereka. SAY Seberang Takir umpamanya pada 22 Jan telah dilibatkan dengan program ‘Bicara Dakwah Online – Keluarga Malaysia Malaysia Keluarga Sejahtera’ oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin,   Ustaz Abdul […]

Agihan SAY Kuala Langat setiap Jumaat

KEBUN BHARU – Setiap Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk mengagihkan pek makanan siap dimasak kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas. Inisiatif terbaharu agihan dilaksanakan pada 21 Januari di kampung ini  dan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang. Seramai 20 buah keluarga telah disantuni […]