Home » Citra Yadim » Pengisian rohani untuk ahli SAY Seberang Takir

Pengisian rohani untuk ahli SAY Seberang Takir

SEBERANG TAKIR – Bukan sahaja terlibat dengan pelbagai gerakan dakwah di lapangan, tetapi ahli Sukarelawan YADIM (SAY) juga diberikan pendedahan dan pengisian kerohanian untuk memantapkan jatidiri mereka.

SAY Seberang Takir umpamanya pada 22 Jan telah dilibatkan dengan program ‘Bicara Dakwah Online – Keluarga Malaysia Malaysia Keluarga Sejahtera’ oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin,   Ustaz Abdul Halim Awang.

Seramai 20 ahli SAY menyertai acara di Masjid Seberang Takir ini.

Program ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook YADIM dan YADIM Terengganu.

Selesai program dalam talian ini, mereka kemudiannya diberikan tazkirah ringkas daripada Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin berkenaan pemantapan gerakan sukarelawan.

Walaupun baru mencecah usia enam bulan, namun SAY Seberang Takir sudah terlibat dengan beberapa aktiviti menyantuni masyarakat seperti agihan sumbangan kepada ahli ahli Persatuan Pemandu Bas Sekolah yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *