Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.ADVERTISEMENT Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini. “Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan […]

Bicara Ilmu bersama JHEAINS dan KSKM

PAROI – Seramai 300 orang Pembantu Makmal telah menyertai program Bicara Ilmu ‘Keluarga Cemerlang Kerja Gemilang’ anjuran YADIM Negeri Sembilan pada 29 Jun di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah di sini. Penceramah jemputan bagi program ini ialah Ketua Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Seremban, Ustaz Jasni Ajom. Hadir bersama dalam […]

Program YADIM Peduli ziarah murrabi Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

YADIM Pulau Pinang telah meluangkan masa menziarahi mantan Felow YADIM, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang baru baru ini diserang angin ahmar. Kunjungan ke kediaman beliau di Butterworth pada 29 Jun, oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan dan pegawainya itu selain menyantuni dan mengeratkan silaturrahim, turut bertujuan membincangkan gerak kerja dakwah YADIM. […]

YADIM, OSEM tandatangai MoU kerjasama jayakan Akademi Daie Muda YADIM

PUTRAJAYA – Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) yang bakal bermula Ogos ini terus mendapat sambutan pelbagai pihak yang berminat untuk bekerjasama dengannya. Terbaharu pada 29 Jan, penyedia perkhidmatan pembelajaran dalam talian, Think Osem Sdn. Bhd. (OSEM) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan YADIM bagi mengadakan kerjasama startegik untuk menjayakan ADMY. Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai […]

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana. Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar […]

Haji: Malaysia Negara Pertama Dapat Pilih Waktu Melontar, Tetapkan Waktu Malam

MAKKAH – Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama dijemput kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melaksanakan ibadah melontar jamrah. Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan yang diberikan membolehkan Malaysia memilih antara pukul 8 hingga 10 malam untuk ibadah itu dan ia memberi keselesaan berbanding cuaca pada waktu […]

UMK TAWAR PROGRAM ASASI KEPADA LEPASAN PENGAJIAN TAHFIZ

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menawarkan program Asasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahfiz (FICT) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil pengajian Tahfiz al-Quran di peringkat sekolah. Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata pengambilan pertama program tersebut dijangka bermula pada semester Jun 2023/2024 selepas mendapat […]