Home » Citra Yadim » Bicara Ilmu bersama JHEAINS dan KSKM

Bicara Ilmu bersama JHEAINS dan KSKM

PAROI – Seramai 300 orang Pembantu Makmal telah menyertai program Bicara Ilmu ‘Keluarga Cemerlang Kerja Gemilang’ anjuran YADIM Negeri Sembilan pada 29 Jun di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah di sini.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Ketua Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Seremban, Ustaz Jasni Ajom.

Hadir bersama dalam majlis ini ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan,  Ustaz Hassanal Haris dan Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia (KSKM) merangkap Pengerusi KSKM Negeri Sembilan, Ashaari Maarof.

Insya-Allah bagi merangka strategi memberi manfaat kepada orang ramai, jalinan kerjasama bersama melibatkan YADIM dan JHEAINS akan diteruskan bagi menyebarkan dakwah berkebajikan.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *