Home » Citra Yadim » Program YADIM Peduli ziarah murrabi Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Program YADIM Peduli ziarah murrabi Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

YADIM Pulau Pinang telah meluangkan masa menziarahi mantan Felow YADIM, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang baru baru ini diserang angin ahmar.
Kunjungan ke kediaman beliau di Butterworth pada 29 Jun, oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan dan pegawainya itu selain menyantuni dan mengeratkan silaturrahim, turut bertujuan membincangkan gerak kerja dakwah YADIM.
YADIM Pulau Pinang turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau di akhir kunjungan ini. Ustaz Mohamed Hafiz merupakan Felow YADIM bagi Zon Utara ketika badan dakwah ini diterajui oleh Dr Yusri Mohamad sebagai Yang Dipertuanya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *