Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu di ADTEC Kemaman

KEMAMAN terus menjadi lokasi program pendidikan bersama komuniti anjuran YADIM Terengganu. Terkini pada 28 Ogos dianjurkan Aspirasi Belia Madani di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)Kemaman yang disertai 750 pelajar dan pensyarahnya. Mereka memenuhi Dewan Besar ADTEC Kemaman, lokasi program diadakan sebelum jam 10.00 pagi lagi. Program ini berhasrat mendekati golongan muda dengan pengisian ilmu Malaysia […]

KPM sedia bincang kekeliruan pelaksanaan modul penghayatan hadis

BATU PAHAT: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bertemu mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kekeliruan berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kekeliruan berkenaan timbul apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan kebimbangan mereka, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi. Beliau sekali lagi menegaskan pelaksanaan modul […]

Tidak wajar protes modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa – Mufti Pulau Pinang

Georgetown: Pihak yang menentang cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkenal modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi perlu mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu mengenai kandungan hadis dalam koleksi itu. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan memprotes cadangan itu tanpa usul periksa adalah tidak wajar sama sekali. Katanya, […]

Umat Islam perlu jaga adab ketika ziarah kubur – Mohd Na’im

PORT DICKSON: Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian, namun, ada peraturan yang ditetapkan Islam […]

Denmark mahu perkenal undang-undang larang bakar al-Quran

Copenhagen: Denmark pada Jumaat memaklumkan rancangan untuk melarang pembakaran al-Quran selepas rentetan penghinaan terhadap kitab suci Islam di negara di rantau Scandinavia itu, mencetuskan kemarahan negara Islam. “Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) yang akan melarang perlakuan tidak sesuai terhadap objek mempunyai kepentingan agama yang penting kepada komuniti,” kata Menteri Undang-Undang, Peter Hummelgaard, kepada pemberita. […]

Umat Islam dinasihat tidak sertai Konsert Viral Lagu TikTok – Mufti

GEORGETOWN – Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menghadiri Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 yang akan diadakan di Batu Kawan pada 30 September nanti. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, adalah kurang sesuai bagi umat Islam untuk menghadiri konsert berkenaan kerana tarikhnya terlalu hampir dengan sambutan Maulidur Rasul. […]