Home » Citra Yadim » Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu di ADTEC Kemaman

Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu di ADTEC Kemaman

KEMAMAN terus menjadi lokasi program pendidikan bersama komuniti anjuran YADIM Terengganu.

Terkini pada 28 Ogos dianjurkan Aspirasi Belia Madani di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)Kemaman yang disertai 750 pelajar dan pensyarahnya.

Mereka memenuhi Dewan Besar ADTEC Kemaman, lokasi program diadakan sebelum jam 10.00 pagi lagi.

Program ini berhasrat mendekati golongan muda dengan pengisian ilmu Malaysia Madani serta menerapkan nilai-nilai murni dasar kerajaan kepada golongan muda dari perspektif Islam.

Berkonsepkan forum, ia menampilkan  panel jemputan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Ustaz Abdul Halim Awang  manakala moderator pula ialah Zamil YADIM, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid.

Turut diselitkan ialah acara busking untuk menarik minat pelajar dan memberi kelainan.

Pengarah ADTEC Kemaman, TS Tuan Haji Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beliau berharap kerjasama dengan YADIM akan berpanjangan selepas ini kerana ia membuka peluang pelajarnya terlibat dengan pelbagai pengisian khususnya pembangunan jati diri.

Hadir sama dalam program ini Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin, Penyelaras  YADIM Negeri Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *