Home » Langit Terbuka » Denmark mahu perkenal undang-undang larang bakar al-Quran

Denmark mahu perkenal undang-undang larang bakar al-Quran

DENMARK dan Sweden menyaksikan beberapa insiden di mana al-Quran dibakar atau dicemari. FOTO fail Reuters

Copenhagen: Denmark pada Jumaat memaklumkan rancangan untuk melarang pembakaran al-Quran selepas rentetan penghinaan terhadap kitab suci Islam di negara di rantau Scandinavia itu, mencetuskan kemarahan negara Islam.

“Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) yang akan melarang perlakuan tidak sesuai terhadap objek mempunyai kepentingan agama yang penting kepada komuniti,” kata Menteri Undang-Undang, Peter Hummelgaard, kepada pemberita.

Beliau berkata, perundangan itu ditujukan terutamanya kepada sebarang bentuk pembakaran dan kerosakan di tempat awam.

Hummelgaard berkata, pembakaran al-Quran adalah tindakan yang pada asasnya menghina dan tidak bersimpati, sehingga boleh memudaratkan Denmark dan kepentingannya.

Perundangan baharu itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun Keseksaan Denmark, yang meliputi keselamatan negara.

Hummelgaard berkata, keselamatan negara adalah keutamaan bagi pelaksanaan larangan itu.

“Kami tidak boleh terus berdiam diri, sementara beberapa individu melakukan segala yang mereka mampu untuk mencetuskan reaksi ganas,” katanya.

Perundangan itu juga akan digunakan kepada kitab Injil, Taurat atau simbol agama, contohnya salib.

Mereka yang melanggar undang-undang berisiko didenda dan dihukum penjara dua tahun.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak akan merangkumi ‘ungkapan lisan atau bertulis’ yang menyinggung masyarakat agama, termasuk karikatur, kata menteri kehakiman.

Beliau menegaskan Denmark kekal komited dengan undang-undang kebebasan bersuara, di tengah-tengah kritikan daripada beberapa parti pembangkang yang bimbang larangan itu akan melanggar hak mereka. – Harian Metro

 

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *