Warga emas terharu dapat al-Quran percuma di program Madani rakyat Zon Tengah

KUALA SELANGOR: Orang ramai yang mengunjungi Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor terharu dan gembira kerana dapat menukar al-Quran lama dan rosak dengan baharu secara percuma. Tinjauan Bernama di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati pengunjung tidak putus-putus hadir di kaunter KDN bagi menukar al-Quran yang antaranya sudah lama dalam simpanan […]

Prestasi penjawat awam baik, tiada sebab lewatkan kajian sistem saraan – Anwar

Kuala Selangor: Prestasi baik yang ditunjukkan penjawat awam memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ia dimuktamadkan. Beliau turut memberi contoh kejayaan Program Madani Rakyat Zon Tengah membabitkan kerjasama semua peringkat jawatan daripada pelbagai kementerian dan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan […]

Masjid, surau disaran pelbagai aktiviti tarik minat jemaah

PUTRAJAYA- Semua jawatankuasa masjid dan surau khususnya di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran untuk mempelbagaikan aktiviti, seterusnya menarik minat lebih ramai umat Islam bagi mengimarahkan rumah ibadat itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kehadiran pempengaruh merupakan sebahagian cara menarik minat jemaah, namun kaedah […]

Waspada individu mengaku keturunan Nabi Muhammad, Mawla Amin

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keraguan dan fitnah dalam kalangan masyarakat Islam membabitkan isu individu yang mendakwa keturunan Rasulullah SAW. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengusahakan tindakan bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia […]

‘Jangan membangun sambil merobohkan’ – Anwar

PUTRAJAYA – Al-Quran menekankan soal akhlak dan nilai manusia, yang secara jelas mempunyai hubung kait dengan pembangunan sesebuah tamadun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menjelaskan lanjut, Anwar berkata, Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi Barat semata-mata, sebaliknya turut mengikut apa yang diterapkan al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan. “Apa erti pembangunan, bangunan […]