Home » Langit Terbuka » Masjid, surau disaran pelbagai aktiviti tarik minat jemaah

Masjid, surau disaran pelbagai aktiviti tarik minat jemaah

Mohd. Na’im (kiri) bersama Williams sempena program agama yang dianjurkan di Masjid Putra di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Semua jawatankuasa masjid dan surau khususnya di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran untuk mempelbagaikan aktiviti, seterusnya menarik minat lebih ramai umat Islam bagi mengimarahkan rumah ibadat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kehadiran pempengaruh merupakan sebahagian cara menarik minat jemaah, namun kaedah itu perlu dipelbagaikan.

“Sepertimana yang saya kerap nasihatkan kepada pihak pengurusan masjid supaya pelbagaikan kaedah untuk menarik jemaah datang solat subuh.

“Jadi, kepelbagaian kaedah untuk menarik jemaah datang ke masjid perlu diteruskan di mana pempengaruh adalah sebahagian daripada cara tarik jemaah, cuma program untuk kempen perlu pelbagai dengan kaedah lain,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, Mohd. Na’im dan bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams menyertai kira-kira 5,000 jemaah menunaikan Program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra hari ini.

Ia seterusnya diteruskan dengan acara ‘brisk walk’ bermula dari pekarangan Masjid Putra hingga ke Masjid Putra iaitu sejauh 2.7 kilometer.

Williams berada di negara ini bagi menghadiri pelbagai program keagamaan dan aktiviti sukan antaranya Klinik Ragbi di Mini Stadium Masjid Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *