Pembentangan RUU 355 kini menunggu maklum balas Majlis Raja-Raja

KANGAR: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kini menunggu maklum balas daripada pihak Majlis Raja-Raja sebelum laporannya dibawa ke Kabinet dan dijangka dibentangkan pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, […]

Nahas helikopter TLDM: Semua pihak diajak doakan mangsa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak. Dalam hantaran di Facebook, Mohd Na’im turut menzahirkan ucapan takziah kepaada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. […]

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan termasuk kesalahan melalui platform siber. Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan lanjut akan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi. “Siasatan juga bergantung kepada aduan yang diterima dan jenis kesalahan yang […]

Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030

PUTRAJAYA: Nilai eksport bagi industri halal negara dijangka akan meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun, berkata sasaran lonjakan yang besar itu adalah berdasarkan kepada pelbagai langkah pembangunan yang dilaksanakan Malaysia dalam industri halal. Beliau berkata, Malaysia […]

Boikot secara bijak, jangan rugikan masyarakat sendiri

Kota Bharu: Umat Islam diingatkan supaya memboikot secara bijak dan tidak mengikut emosi sehingga memberi kesan kepada masyarakat sendiri. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata tindakan memboikot perlu dilakukan berdasarkan objektif yang jelas dan tepat pada sasarannya. “Jika nak boikot perlu tepat pada sasaran dan kita perlu ada kuasa […]

Pelajar pondok perlu dibekal kemahiran vokasional, teknikal

KOTA BHARU – Kemahiran kendiri dalam bidang vaksional dan teknikal perlu dibekalkan kepada pelajar di institusi pendidikan pondok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd. Naim Mokhtar, berkata, usaha itu untuk melahirkan lepasan pondok yang bukan sahaja alim, tetapi turut menjadi rujukan masyarakat berdasarkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Menurutnya, sehubungan itu, […]