Home » Langit Terbuka » Boikot secara bijak, jangan rugikan masyarakat sendiri

Boikot secara bijak, jangan rugikan masyarakat sendiri

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Mudir Madrasah Islahiyyah, Jelawat Ustaz Zulkarnaim Harun (tengah) pada Majlis Ijtimak MADANI Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa hari ini.

Kota Bharu: Umat Islam diingatkan supaya memboikot secara bijak dan tidak mengikut emosi sehingga memberi kesan kepada masyarakat sendiri.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata tindakan memboikot perlu dilakukan berdasarkan objektif yang jelas dan tepat pada sasarannya.

“Jika nak boikot perlu tepat pada sasaran dan kita perlu ada kuasa dan pengaruh. Apa yang kita tidak mahu, kita kempen orang boikot yang akhirnya kita sendiri rugi.

“Sebagai contoh 80 peratus pekerja di institusi yang kita nak boikot itu kehilangan kerja dan kebanyakan mereka adalah orang Islam.

“Sebenarnya kita marah dengan sikap dan kecuaian yang berlaku dan itu yang kita nak boikot tapi kita sudah memboikot seluruh barang yang tidak ada kaitan sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *