Home » Langit Terbuka » Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030

Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030

Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat delegasi Arab Saudi diketuai oleh Dr Hisham (kanan) - Foto Facebook HDC

PUTRAJAYA: Nilai eksport bagi industri halal negara dijangka akan meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun, berkata sasaran lonjakan yang besar itu adalah berdasarkan kepada pelbagai langkah pembangunan yang dilaksanakan Malaysia dalam industri halal.

Beliau berkata, Malaysia juga semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri halal global dengan semakin banyak negara menjalin kerjasama strategik dalam industri terbabit.

Selain itu, katanya, permintaan terhadap produk halal juga melonjak bukan hanya daripada negara Islam tetapi turut merangkumi negara bukan Islam.

“Eksport halal negara semakin meningkat setiap tahun dengan pada 2023 hampir RM60 bilion. Jumlah eksport ini akan semakin meningkat dan mencecah RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada KDNK.

“Malaysia akan meneruskan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menjadikan kita kekal peneraju dalam industri,” katanya selepas majlis pertemuan santai dengan delegasi Arab Saudi di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Food & Drug Authority, Dr Hisham Saad Aljadhey dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari.

Delegasi dari Arab Saudi terbabit sebelum itu mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, bagi memperkasakan industri halal di peringkat global, Malaysia juga memerlukan kerjasama dengan negara-negara pengeluar produk halal yang lain seperti Arab Saudi.

Beliau berkata, hal ini kerana pembabitan Malaysia semata-mata adalah tidak mencukupi bagi menguasai pasaran halal global.

Katanya, masih terdapat jurang yang besar dalam penguasaan halal global sekitar 80 peratus ketika ini.

“Masih ada 80 peratus pasaran modal dalam industri halal global yang masih belum dapat dipenuhi. Kerjasama strategik adalah sangat diperlukan kerana pasaran industri halal dijangka meningkat kepada AS$5 trilion menjelang 2030,” katanya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *