Home » Langit Terbuka » 233 pelajar Darul Quran dirai dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran

233 pelajar Darul Quran dirai dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran

Masjid Darul Quran di Kuala Kubu Baru.  Foto : https://farm3.static.flickr.com

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Seramai 233 orang pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima Sijil Khatam dan cenderamata tasmi’ dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran yang berlangsung di Dewan Muktamar Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, dekat sini.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Datuk Othman Mustapha berkata, penyampaian sijil itu melibatkan empat pengkhususan bidang pengajian.

“Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadith, Muamalah dan Pengurusan Halal diraikan dalam majlis ini.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan pada hari ini Dan berharap mereka semua menjadi pelita buat masyarakat Islam pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan majlis itu di sini, hari ini.

Menurut Othman, majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar adalah merupakan program kedua terbesar bagi pelajar-pelajar Darul Quran selepas Majlis Istiadat Konvokesyen. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *