Home » Langit Terbuka » 296 peniaga kecil bukan asnaf dibantu MAIS

296 peniaga kecil bukan asnaf dibantu MAIS

Kesemua 296 penerima telah pun selesai menerima bantuan yang dikreditkan ke akaun masing masing. - Foto MAIS

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan wang tunai RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di Selangor yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Penyaluran sumbangan RM300 setiap peniaga kecil itu dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang juga anak syarikat MAIS.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pembayaran sumbangan itu telah selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima bantuan.
“Kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah peniaga-peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40. Bantuan disalurkan ini adalah hasil Tabung Prihatin COVID-19 MAIS.

“Pihak MAIS berharap dengan bantuan yang telah disalurkan ini, dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan di sini.

MAIS turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada Tabung Prihatin COVID-19 MAIS. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *