Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak, 4 hingga 5 Jun 2020

Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak, 4 hingga 5 Jun 2020

SARIKEI – Bahagian ini menjadi lokasi seterusnya penganjuran program Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini.

Program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Jun ini menyantuni seramai 77 keluarga di Bintangor, Skim B, Sungai Tulai , Sungai Kawi, Kelupu dan Sare di sini.

Kesemua yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Daie YADIM Sarawak, Rohaizat Rejab mewakili badan dakwah ini dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau mendapat kerjasama Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Sarikei, USK Cawangan Bintangor dan USK Cawangan Sare.

Hasil kerjasama semua pihak, program yang asalnya dijangka mengambil masa empat hari untuk dilaksanakan, iaitu 4 Jun hingga 7 Jun, berjaya diselesaikan dalam hanya dua hari sahaja.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *