Home » Langit Terbuka » 3 Bayi Lemas, 100 Hilang Bot Karam Di Libya

3 Bayi Lemas, 100 Hilang Bot Karam Di Libya

Pengawal pantai membawa bayi lemas yang ditemui di luar pantai Libya. Tiga bayi lemas ditemui sementara 100 lagi dikhuatiri hilang.

AL-HMIDIYA – Mayat tiga bayi yang lemas ditemui sementara 100 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot pendatang karam di luar pantai Libya, hari ini, kata mangsa terselamat dan pengawal pantai.

Kira-kira 120 pendatang menaiki bot getah apabila ia mengalami masalah, menurut mangsa terselamat di sini, timur ibu kota Tripoli.

Seramai 16 orang diselamatkan, sementara yang hilang termasuk dua bayi dan tiga kanak-kanak bawah 12 tahun.

Pendatang terselamat memberitahu AFP, bot itu karam beberapa jam sejurus berlepas sebelum awal pagi dari Garaboulli, di timur Tripolis berikutan letupan di atas bot.

Katanya, enjin bot terbakar sebelum ia mula karam.

Penumpang termasuk sejumlah keluarga dari Maghribi dan Yaman.

Pengawal pantai Libya berkata, nelayan mengesan kapal itu dalam kesusahan sebelum menghubungi tentera laut yang turut terbabit dalam usaha menyelamat ratusan pendatang sejak beberapa hari lalu. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *