Home » Citra Yadim » 30 Felo Muda Yadim dekati penduduk

30 Felo Muda Yadim dekati penduduk

PASIR PUTEH 1 Jun – Seramai 30 ahli Felo Muda Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjayakan Program Mahabah Wa Rahmah di Kampung Telaga Papan dan Kampung Dalam Rhu, di sini baru-baru ini.

Pengarah program, Nik Mohd. Adham Che Hussin berkata, program tersebut bertujuan mendekati dan berdakwah kepada penduduk kampung serta membantu membangunkan sahsiah golongan belia.

Katanya, peserta yang merupakan pendakwah muda dari seluruh negara tinggal bersama keluarga angkat di dua kampung berkenaan dan menjadikan menjadikan masjid serta sekolah sebagai pusat aktiviti.

“Selain berdakwah, peserta turut menziarahi keluarga miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Telaga Papan, Kampung Gajah Mati dan Kampung Pachakan.

“Program ini memberi pengalaman kepada pendakwah muda dengan menjalankan dakwah secara bersemuka dari rumah ke rumah,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia dalam Program Motivasi Jalinan Muhibah Pelajar dan Ibu Bapa sempena Program Mahabah Wa Rahmah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, di sini.

Nik Mohd. Adham berkata, bagi merapatkan hubungan sila­turahim antara peserta dengan penduduk kampung, program tersebut turut diisi dengan sukan tradisi di Pantai Bisikan Bayu serta kenduri rakyat di Masjid Mukim Dalam Rhu.

“Selepas program ini Felo Muda Yadim akan mengadakan program sama di Melaka,” katanya. – https://www.utusan.com.my/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *