Home » Citra Yadim » 30 pek makanan untuk komuniti Cina Kuala Muda

30 pek makanan untuk komuniti Cina Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua mad’u dalam menyebarkan dakwah, YADIM Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti Cina daerah Kuala Muda.

Program pada 29 Januari ini diadakan sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak berapa lama lagi.

Ia dijayakan dengan kerjasama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah seperti Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) selain melibatkan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi (JPNIN) Daerah Kuala Muda.

Ini bersesuaian dengan fokus YADIM pada tahun ini iaitu bersama sama dalam menyantuni dan memberi risalah kepada Not Yet Muslim.

Hadir sama ialah Pengerusi Masjid Al-Muhsinin, Ustaz Alias Che Nus, Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Kuala Muda,  Shuhaimi Reduan, Pengerusi PEACE, Ustaz Syazwan Menon, wakil MIRA, Abd. Rahman Abdullah dan wakil ISMA, Ustaz Naim Saiadin.

Selain pek asasi, mereka yang disantuni juga menerima risalah berkenaan agama Islam dalam bahasa Mandarin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *