Home » Citra Yadim » 3,000 orang hadir pada Konvensyen Rakyat

3,000 orang hadir pada Konvensyen Rakyat

BANGI 8 Mac – Seramai 3,000 peserta hadir pada Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi ke Arah Perpaduan Ummah yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 8 Mac.

Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi ke Arah Perpaduan Ummah diadakan sebagai  kesinambungan kepada penganjuran Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang telah diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2017 lalu di Hotel Marriott Putrajaya dan Multaqa Ilmuwan Dan Profesional Pahang  pada 19 ogos 2017 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Konvensyen ini dianjurkan dengan hasrat untuk membuka ruang wacana bagi masyarakat di peringkat akar umbi  bagi menyatakan pendapat dan hasrat mereka berhubung isu-isu berkaitan perpaduan ummah.

Justeru, penganjuran konvensyen ini serta konsensyen-konvensyen yang lepas akan menyerlahkan lagi peranan semua pihak termasuk institusi raja, pemimpin, golongan profesional dan rakyat biasa dalam menyatupadukan ummah di Malaysia.

Konvensyen ini diadakan pada 8 Mac 2018 bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dengan anggaran kehadiran seramai 3,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai pihak.

Para peserta yang disasarkan untuk konvensyen ini terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, pesara, belia, pelajar mahasiswa, wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Negeri,  ahli-ahli akademik, pihak media, tokoh-tokoh tertentu dan individu perseorangan.

‘Konvensyen Rakyat : Menelusuri Akar Umbi Kearah Perpaduan Ummah’ secara lahiriahnya berharap akan menjadi landasan bagi tujuan menyatupadukan ummah dengan meletakkan Institusi Beraja sebagai payung dan kerangka asas serta utama.

Ia juga diharapakn dapat mengukuhkan persefahaman dan permuafakatan dalam kalangan umat Islam secara khusus dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Berikut adalah gambar di sekitar konvensyen.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *