Home » Langit Terbuka » 33,000 Ekar Tanah Waqaf Perlu Dibangunkan – Yayasan Waqaf Malaysia

33,000 Ekar Tanah Waqaf Perlu Dibangunkan – Yayasan Waqaf Malaysia

Untuk berwaqaf, orang ramai tidak perlu gusar akan kewujudan isu penyelewengan atau salah guna aset waqaf kerana selain YWM, terdapat dua lagi agensi yang akan mengawal selia inisiatif berkenaan iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Majlis Agama Islam negeri-negeri. - Foto Nurhani Salwa.Blogspot

KUALA LUMPUR – Yayasan Waqaf Malaysia berhasrat untuk membangunkan lebih 33,000 ekar tanah waqaf terbiar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut, pihaknya perlu berganding bahu dengan agensi media termasuk TV AlHijrah bagi memperbanyakkan aktiviti berunsur pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan waqaf.

Ia juga sekaligus mampu mendorong keinginan orang ramai untuk berwaqaf termasuk membantu mengusahakan tanah terbiar demi kebaikan masyarakat.

Tambah beliau, untuk berwaqaf, orang ramai tidak perlu gusar akan kewujudan isu penyelewengan atau salah guna aset waqaf kerana selain YWM, terdapat  dua lagi agensi yang akan mengawal selia inisiatif berkenaan iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (jawhar) dan Majlis Agama Islam negeri-negeri.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi YWM ke Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada Jumaat. Kehadirannya disambut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Amir Shaharuddin turut melihat potensi kerjasama dengan TV AlHijrah akan dapat membantu memberi ilmu dan pengetahuan tentang waqaf kepada masyarakat, yang sebelum ini kurang didedahkan dengan perkara itu. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *