Home » Langit Terbuka » 3,533 jemaah sudah berlepas ke Tanah Suci

3,533 jemaah sudah berlepas ke Tanah Suci

SEBAHAGIAN bakal jemaah haji melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
SEBAHAGIAN bakal jemaah haji melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

SEPANG: Seramai 3,533 orang bakal jemaah haji negara ini sudah berlepas ke kota suci Madinah melalui 12 penerbangan sewa khas diuruskan pihak Lembaga Tabung Haji.

Pengarah Operasi Stesen Berlepas Sepang, Khairul Azihar Rapar berkata, jumlah yang direkodkan setakat semalam itu sejak penerbangan pertama KT01 pada Ahad lalu sehingga KT12 yang bertolak malam tadi.

Hari ini, dua lagi kumpulan bakal jemaah melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, di sini antaranya, 357 penumpang KT13 melibatkan bakal jemaah menggunakan pakej swasta menaiki pesawat Saudi Airlines penerbangan sewa khas SV5667 berlepas pukul 5.35 petang.

Pada musim kali ini, sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan Tabung Haji yang melibatkan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines berbanding cuma 49 pada tahun lepas.

“Suasana adalah terkawal malah saya mendapati ahli keluarga yang hantar jemaah juga berdisiplin patuh kepada arahan petugas meskipun keadaan dilihat agak meriah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdapat 22 agensi pengembaraan umrah tempatan dari seluruh negara dilantik Tabung Haji bagi jemaah yang tidak memilih pakej muassasah dengan mengenakan caj serendah RM40,000 untuk pakej biasa berbanding Tabung Haji menetapkan kos penuh RM30,850, manakala paling murah ialah RM10,980.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan jemaah umrah dari Malaysia tidak sekali-kali cuba tinggal lebih masa di Mekah, malahan perlu keluar dari tanah suci itu paling lewat pada 18 Jun kelak tanpa ada visa haji.

“Berdasarkan pengalaman, memang ada ditangkap dan bukan isu baharu tetapi janganlah cuba buat waima berdalih konon ia peraturan manusia.

“Jemaah terbabit bukan sekadar menyusahkan diri sendiri bahkan menyusahkan banyak pihak termasuk Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah apabila ditahan di lokap aptah lagi boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *