Home » Langit Terbuka » 5O terima sumbangan wakaf Al-Quran Sukarelawan YADIM Kapar Rantau Panjang

5O terima sumbangan wakaf Al-Quran Sukarelawan YADIM Kapar Rantau Panjang

Al-Quran sesungguhnya memberikan kekuatan kepada para pembacanya, malah memberikan terlalu banyak manfaat kepada pengamalnya.
Pada 23 September 2023 (Sabtu), Sukarelawan YADIM (SAY) Kapar telah menyerahkan sumbangan waqaf Al-Quran kepada 50 orang penerima yang terpilih di Masjid Kampung Perepat Kapar Klang Selangor.
Pengerusi Sukarelawan YADIM Kapar, Puan Alifah binti Nasiran berkata inisiatif sumbangan waqaf Al-Quran ini adalah seiring dengan fungsi teras YADIM yang ingin menyebarkan dakwah melalui pendidikan. Maka SAY Kapar sentiasa komited untuk memberikan pendidikan Al-Quran dengan kerjasama masjid-masjid sekitar Rantau Panjang, Sementa dan Kampung Perepat Kapar.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Ustaz Haji Zamri bin Zainal Abidin turut bersama-sama menyerahkan sumbangan waqaf Al-Quran ini. Aktiviti ini adalah sebahagian aktiviti SAY Kapar dalam program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI).
Ini bukanlah pertama kali SAY Kapar menjalankan inisiatif waqaf Al-Quran ini malah ianya telah pun dijalankan beberapa kali.
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat. Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *