Home » Langit Terbuka » 6 laluan suspek lolos diri

6 laluan suspek lolos diri

Lakaran gambar suspek kes pembunuhan warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh.

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh, berpotensi melarikan diri melalui enam lokasi dikenal pasti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata suspek melarikan diri melalui Jalan Meranti, Setapak, di sini sejurus kejadian.

“Siasatan dijalankan polis mendapati laluan yang berpotensi dilalui suspek adalah Jalan Genting Klang, Jalan Gombak, Jalan Ibu Kota, Jalan Langkawi, kawasan Danau Kota dan Kawasan Wisma Ong Tai Kim.

“Kedua-dua suspek dilihat menaiki motosikal berkuasa tinggi model BMW GS atau Kawasaki Versys berwarna gelap, mempunyai cermin ‘windshield’ di bahagian handle bar dan mempunyai kotak menyimpan barang di bahagian belakang motosikal,” katanya.

Beliau berkata, suspek memakai jaket dan topi keledar berwarna gelap selain kedua-duanya membawa beg galas ketika kejadian.

“Usaha menjejaki suspek masih dijalankan berdasarkan maklumat dikumpulkan polis setakat ini,” katanya.

Sabtu lalu, Allahyarham Dr Fadi, Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Dr Fadi, yang juga imam dari Palestin, ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di ibu negara, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Siasatan awal polis mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *