Remaja Soleh Solehah (RES 2) di SMK Kamil

PASIR PUTEH – YADIM Kelantan telah menganjurkan Program Remaja Soleh Solehah (RES 2) di daerah ini pada 20 Jun.

Diadakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, program ini bertujuan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru.

Program di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil  ini menerima penyertaan 336 peserta dari kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5. Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah Penolong Pengarahnya, Aidi Kussuma Mamat.

Turut hadir Pengetua  SMK Kamil, Cikgu Mohd Rozaki Bakar. Ceramah telah dikendalikan oleh pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan, Dr Marwan Ismail.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *