Home » Langit Terbuka » 9 warga Australia berdepan hukuman berat

9 warga Australia berdepan hukuman berat

KUALA LUMPUR, 5 Okt.– Hukuman berat bakal dikenakan ke atas sembilan warga Australia yang terlibat dalam insiden mempersendakan Jalur Gemilang berdasarkan peruntukan undang-undang yang bersesuaian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan tegas wajar diambil terhadap individu yang melakukan perkara tidak bermoral itu supaya maruah Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan Malaysia tidak diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya.

“Tindakan mereka memakai sedemikian mempunyai muslihat tersembunyi,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Luar Australia, Julie Bishop, memberi sokongan terhadap kerajaan Malaysia dalam mengenakan tindakan tegas terhadap rakyatnya yang berkelakuan tidak senonoh.

Tempoh tahanan reman selama empat hari berakhir esok untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, termasuk Seksyen 14 iaitu berkelakuan tidak senonoh di kawasan awam.

Minggu lalu, polis telah menahan sembilan lelaki warga Australia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas didapati menghina negara dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang.

  • ISMA WEB

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *