Home » Kenali Kami » Latar Belakang

Latar Belakang

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperjuangkan dakwah Islamiah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta melaksanakan dakwah secara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat. YADIM ialah organisasi yang bertunjangkan ilmu, dakwah, tauhid dan kebajikan serta memilih untuk mengambil sikap terbuka
dan sederhana, selain berpegang teguh pada prinsip Islam, kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka penyampaian dakwah serta pembangunan modal insan.
YADIM ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badanbadan dakwah serta membantu badan-badan dakwah ini agar berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman dan kesedaran Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Maksud Ayat 104: Surah Al-I’mran)

Sejak ditubuhkan, YADIM mengalami perubahan dan perkembangan dasar serta pendekatan, sesuai dengan peredaran masa tanpa mengubah tujuan dan matlamat asalnya. YADIM akan terus menggerakkan kegiatan dakwah dan kemasyarakatan dengan penuh keyakinan bagi mencapai visi dan misi sesuai dengan tuntutan syarak, di samping bersedia menghadapi cabaran-cabaran globalisasi yang semakin hebat. Firman Allah Taala yang bermaksud: “ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ….. “. (Maksud Ayat 125: Surah Al-Nahl)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *