Home » Langit Terbuka » Malaysia tidak gentar perjuang kebenaran – PM

Malaysia tidak gentar perjuang kebenaran – PM

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa acara Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto FB Anwar Ibrahim

Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran dan terus berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan menentang kekejaman rejim Zionis israel.

Malah menuntut agar bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri ketika menghadiri Himpunan Solidariti bersama Gaza di di Axiata Arena, Bukit Jali yang dihadiri lebih 20,000 termasuk 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang baru tiba di tanah air semalam, selain jemaah menteri dan pegawai tertinggi kerajaan.

“Saya amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir dengan jiwa penuh kasih dan keberanian.

“Mereka datang bukan kerana dipaksa tetapi kerana hati nurani yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan.

“Inilah wajah sebenar Malaysia, bangsa yang berprinsip, berjiwa besar dan tidak rela melihat penindasan bermaharajalela,” tegas beliau.

Beliau memberi jaminan Kerajaan MADANI akan terus membingkai muafakat dengan negara-negara sahabat, dunia Islam dan blok kemanusiaan sejagat dalam merealisasikan misi bantuan serta membuka jalan kepada keamanan yang hakiki.

katanya tindakan berkenaan demi melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.

Malah, selagi bumi Gaza terus dibantai dan dinodai, semua pihak tidak akan berdiam diri akan terus merangka strategi baharu.

“ Kita tidak akan berdiam diri sebaliknya suara kita akan terus bergema di jalanan, pentas dunia dan di setiap ruang hati rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaMADANI

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *