Home » Langit Terbuka » Lebih sejuta berhimpun sokong Erdogan, demokrasi

Lebih sejuta berhimpun sokong Erdogan, demokrasi

ISTANBUL, Isnin – Lebih daripada sejuta orang menyertai perhimpunan prodemokrasi yang diadakan di Istanbul semalam, sebagai respon terhadap cubaan rampasan kuasa di Turki, bulan lalu.

Perhimpunan secara besar-besaran itu telah dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

“Dunia sedang melihat anda sekarang. Anda patut berbangga dengan diri kamu sendiri.

“Setiap orang daripada kamu berjuang untuk kebebasan dan demokrasi. Anda semua adalah pahlawan,” kata Erdogan ketika berucap pada perhimpunan itu semalam.

Erdogan berkata, rakyat Turki telah membuktikan bahawa kuasa mereka cukup besar dalam menggagalkan rampasan kuasa dan mengutuk pihak yang merancang disebalik tindakan menggulingkan kerajaan.

Malah katanya, jika cubaan rampasan kuasa itu berjaya, bermakna rakyat Turki akan kehilangan negara mereka sekaligus menggadaikannya kepada pihak musuh.

Sementara itu, agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa perhimpunan yang diadakan itu sebagai yang terbesar dan terbaru berlaku dalam sejarah politik Turki. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *