Home » Langit Terbuka » KWSP: RM25.1b digunakan untuk simpanan shariah

KWSP: RM25.1b digunakan untuk simpanan shariah

KUALA LUMPUR 15 Ogos  – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa setakat Ahad, 14 Ogos 2016, sebanyak 25.09 peratus atau RM25.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan sejak tarikh pendaftaran dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata jumlah pendaftaran Simpanan Shariah pada minggu pertama sangat memberangsangkan, dan menjangkakan lebih ramai ahli akan mendaftar untuk Simpanan Shariah 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata sehingga kini, sebanyak 208,795 pendaftaran terkumpul bagi Simpanan Shariah dicatat, dan secara puratanya lebih 40,000 pendaftaran sehari direkodkan pada minggu pertama.

“Ahli diingatkan bahawa tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 ialah pada 23 Dis 2016, tertakluk kepada peruntukan dana RM100 bilion tersebut,” katanya.

Mengenai kebimbangan ahli yang tidak dapat mendaftar sebelum tarikh tutup, Shahril memberi jaminan bahawa pendaftaran bukan merupakan acara sekali sahaja, dan ahli masih berpeluang untuk mendaftar Simpanan Shariah pada tahun berikutnya.

“Kami menjangkakan antara RM20 bilion ke RM30 bilion akan disuntik ke dalam Simpanan Shariah setiap tahun, tertakluk kepada permintaan ahli dan ketersediaan aset.

“Ahli masih boleh menukar kepada Simpanan Shariah pada masa hadapan walaupun jumlah peruntukan permulaan RM100 bilion telah digunakan pada 2017,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *