Home » Langit Terbuka » Perkukuh pembangunan bakat kewangan Islam

Perkukuh pembangunan bakat kewangan Islam

KUALA LUMPUR 15 Ogos : Bank Negara Malaysia (BNM) akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk melaksanakan kajian semula bagi memperkasa landskap pembangunan tenaga mahir kewangan Islam di negara ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata jawatankuasa yang dianggotai wakil industri dan ahli akademik akan membuat kajian mendalam berhubung kedudukan strategik organisasi terbabit. Beliau berkata, adalah penting untuk mewujudkan asas dan menetapkan paras ambang pencapaian baharu bagi organisasi berkenaan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Walaupun banyak yang telah kita capai, kita perlu mengakui bahawa tiada ruang untuk kita berasa selesa dan berpuas hati.

“Dalam konteks ini, Bank Negara akan membentuk Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai wakil industri dan ahli akademik untuk menjalankan kajian mendalam kedudukan strategik organisasi penting ini,” katanya pada pelancaran Manual Tenaga Pengajar (MTP): Murabahah di sini, hari ini.

Beberapa tahun lalu, BNM menubuhkan institusi khusus untuk memantapkan ekosistem bakat kewangan Islam di negara ini. Ia termasuk Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) serta Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS).

Sementara itu, Muhammad yang sudah menerajui kepimpinan tertinggi Bank Negara lebih 100 hari lalu berkata, industri kewangan Islam di negara ini juga mencatat pelbagai kejayaan besar dalam tempoh tiga dekad.

Dengan hanya kurang daripada empat bank Islam dan peserta takaful sebelum 2000, katanya, industri itu kini mempunyai 27 peserta yang menawarkan lebih 100 produk kewangan yang melangkaui penawaran kewangan asas.

https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Jelajah Wacana Minda Madani Siri 1

LENSA Jelajah Wacana Minda Madani Siri 1 di Pejabat Pendidikan Daerah Marang pada 28 April. Seramai 300 warga pendidik daerah Marang menyertai

Multaqa Petugas Dakwah Madani

MULTAQA Petugas Dakwah Madani di Dewan Kompleks Syeikh Niamat Yusuf, Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID) pada 27 April mengisi jadual seterusnya Jelajah

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *