Home » Langit Terbuka » Mufti Perak setuju halang pembantu rumah bukan Islam, jaga akidah anak dari terpesong

Mufti Perak setuju halang pembantu rumah bukan Islam, jaga akidah anak dari terpesong

IPOH, 15 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan langkah kerajaan mengeluarkan arahan menghalang pembantu rumah bukan Islam untuk bekerja di rumah orang Islam.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan supaya akidah anak-anak majikan terpelihara.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengambilan pembantu rumah bukan Islam bukanlah suatu kesalahan dari segi hukum agama, namun demikian dikhuatiri anak yang diasuh bukan Islam diresapi ajaran agama lain.

“Dari segi hukum tidak salah, bukan haram bukan makruh majikan beragama Islam mengambil pembantu rumah bukan agama kita,” kata Harussani yang dipetik daripada sebuah portal liberal, hari ini.

Namun, Harussani berkata, pembantu rumah yang mempunyai latar belakang kuat agama Kristian boleh mempengaruhi anak di bawah asuhannya.

“Dia pandai,” katanya.

Justeru, Harussani menasihati umat Islam supaya menggaji pembantu rumah Islam kerana mereka boleh menjaga dan mendidik anak-anak di rumah.

Sumber: Ismaweb.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *