Home » Langit Terbuka » Austria larang budak tadika bertudung

Austria larang budak tadika bertudung

Atas alasan kanak-kanak dipandang sebagai objek seks

VIENNA 1 Sept. – Seorang ahli politik terkemuka Austria menggesa wa­nita Islam supaya tidak menghantar anak perempuan mereka ke tadika dengan memakai tudung dengan alasan tindakan itu menjadikan budak tersebut sebagai objek seks.

Timbalan Datuk Bandar Salzburg, Anja Hagenauer sebagaimana lapor Mail Online membuat pendedahan itu kepada stesen te­levisyen tempatan, ORF.

Menurutnya, perbuatan menutup kepala itu menjatuhkan martabat anak perempuan dengan mengandaikan mereka adalah objek seks.

Hagenauer sebaliknya menegaskan, beliau tidak mahu meng­haram­kan pemakaian tudung, sebalik­nya akan mengusulkan cadangan segera terhadap amalan itu.

Katanya, memaksa kanak-­ka­nak perempuan memakai tudung membuatkan mereka dilihat de­ngan penuh ghairah oleh lelaki.

Pada masa sama kata Hagenauer, dia tidak akan melarang sesuatu yang berunsur keagamaan daripada dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, beliau men­dak­wa, pejabat majlis perban­da­ran yang menguruskan hal ehwal minoriti boleh dimaklumkan un­­­tuk memberi tekanan kepada mana-mana ibu bapa yang mengabaikan nasihatnya.

– https://www.utusan.com.my/berita

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *