Home » Langit Terbuka » Mahkamah Perancis tarik balik larangan burkini di Nice

Mahkamah Perancis tarik balik larangan burkini di Nice

PARIS, 2 Sept. – Mahkamah Perancis menarik balik pengharaman terhadap pemakaian burkini di Nice berikutan mendapati ia tidak memberi sebarang risiko kepada gangguan ketenteraman awam.

Mahkamah Pentadbiran Nice memutuskan semalam bahawa tiada asas untuk melaksanakan larangan undang-undang burkini sekiranya tiada risiko tersebut.

Larangan itu sebaliknya hanya emosi dan kebimbangan berikutan daripada serangan pengganas yang berlaku di negara itu terutama pada 14 Julai lalu.

Malah mahkamah juga mendapati bahawa pemakaian burkini tidak membawa kepada sebarang risiko lain seperti kebersihan, kesopanan atau keselamatan ketika berenang.

Keputusan itu dibuat berikutan Mahkamah Pentadbiran Tertinggi Perancis menggantung larangan yang diperkenalkan oleh kira-kira 30 buah bandar di bahagian tenggara, minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 30 denda telah dikeluarkan di Nice sejak pengharaman burkini diperkenalkan.

Nice adalah salah satu daripada bandar Perancis pertama yang mengharamkan burkini pada musim panas selepas pihak berkuasa bandar mendakwa bahawa terdapat risiko membawa kepada ketenteraman awam.- Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *