Home » Citra Yadim » Lebih 300 ilmuan berhimpun 19 November ini

Lebih 300 ilmuan berhimpun 19 November ini

PASIR PUTEH 27 Okt. – Lebih 300 ilmuan dan profesional Islam dari seluruh negara akan berhimpuan dalam satu majlis bagi mencari formula ke arah penyatuan ummah dan pembangunan negeri Kelantan, anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN).

Setiausaha MDN Kelantan, Dr Mustafa Ahmad berkata pertemuan itu akan diadakan di sebuah resort di Tok Bali pada 19 November depan.

Penganjuran perhimpunan tersebut tidak membabitkan mana-mana parti politik dan ia bersifat berkecuali, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya MDN bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang mempunyai tugas dan berperanan yang luas terutama membabitkan hubungan dan penyatuan masyarakat di negara ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *