Home » Langit Terbuka » Mahkamah Arab Saudi gugurkan kes kren tumbang di Masjidil Haram

Mahkamah Arab Saudi gugurkan kes kren tumbang di Masjidil Haram

JEDDAH, 27 Januari – Mahkamah Arab Saudi menggugurkan kes yang dibuka beberapa bulan lalu, bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian kren tumbang mengorbankan 111 jemaah haji, termasuk dari Malaysia di Makkah dua tahun lepas.

Mahkamah Jenayah Makkah berkata, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung kes itu.

Menurut laporan, 14 defendan telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan cuai, mengabaikan garis panduan keselamatan dan merosakkan harta benda awam.

Defendan terdiri daripada enam rakyat Saudi, dua warga Pakistan dan masing-masing seorang dari Jordan, Filipina, Kanada, Palestin, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu.

Sumber memberitahu, kotak hitam kren yang disiasat oleh sebuah syarikat pembuatan di Jerman, mendedahkan kren berkenaan berada pada 87 darjah ketika kemalangan itu berlaku.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan itu, angin di kawasan berkenaan berada pada kelajuan 80 kilometer sejam sehari sebelum kemalangan itu berlaku.

Laporan Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar (PEM) mengenai keadaan cuaca di Makkah sebelum dan ketika kemalangan itu juga diteliti.

Kren itu dilaporkan mempunyai ketinggian 200 meter dan seberat 1350 tan. Projek pembesaran masjid berkenaan dijalankan Binladin Group. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *