Home » Langit Terbuka » Universiti terima ancaman bom anti-Islam

Universiti terima ancaman bom anti-Islam

MONTREAL, 1 Mac – Universiti Concordia di Kanada menerima ancaman bom yang menyasarkan pelajar Islam sehingga memaksa lebih 4,000 pelajar dipindahkan dari kampus berkenaan.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘underground’ chapter of C4 itu menghantar emel kepada pentadbiran universiti dan media tempatan sebagai memberi amaran kepada pelajar Islam.

Dalam amaran itu, mereka mengancam akan meletupkan bahan letupan buatan sendiri sehari sebelum hari Jumaat (esok) untuk membantah aktiviti pelajar Islam.

“Kini Donald Trump sudah jadi Presiden Amerika Syarikat. Kami tidak akan bertolak ansur lagi.

“Selagi Universiti Concordia tidak menghentikan semua aktiviti keagamaan di kampus, kami memutuskan tindakan lanjut untuk menunjukkan sejauh mana kami bersedia untuk memerangi orang Islam,” kata kumpulan itu.

Jurucakap Universiti Concordia, Christine Mota berkata. tiga bangunan universiti terbabit dikosongkan sebelum tengah hari dan ditutup hingga jam 6.00 petang waktu tempatan, semalam.

Surat ancaman yang sama turut dihantar kepada Universiti Mcgill yang terletak di kawasan berhampiran, menyebabkan pentadbiran kini dalam keadaan berjaga-jaga. –Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *