Home » Langit Terbuka » Tak perlu layan dakyah golongan minoriti sekular

Tak perlu layan dakyah golongan minoriti sekular

PUTRAJAYA 2 Mac : Dakwaan mengatakan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara ini adalah reaksi sekelompok kecil individu yang fobia dengan Islam.

Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad, berkata sejak akhir-akhir ini, golongan sekular itu cuba mempengaruhi masyarakat dan cuba membataskan agama Islam hanya di masjid sahaja.

Tambah beliau, masyarakat tidak perlu terikut-ikut dengan dakyah golongan minoriti berkenaan. “Negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mengurus hal ehwal Islam termasuk mengawal kehadiran penceramah dan tokoh agama dari luar,” katanya pada program ‘Menghidupkan Semula Roh Islam’ (RIS), di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan 19 orang memfailkan saman terhadap kerajaan hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mereka mendakwa kerajaan melindungi seorang individu yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Sehubungan itu, mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang Zakir memasuki negara ini.-  https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *