Home » Langit Terbuka » Mesir kenal pasti penyerang gereja Coptic

Mesir kenal pasti penyerang gereja Coptic

KAHERAH, 15 April – Pihak berkuasa Mesir telah mengenal pasti penyerang kedua yang bertindak mengebom gereja Coptic di utara Mesir, pada minggu lalu.

Kementerian Dalam Negeri membuat pengumuman itu selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam lawatannya ke gereja itu untuk mengesan suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Lawatan al-Sisi adalah sehari selepas kementerian mengenalpasti pengebom yang menyerang gereja Saint Mark Cathedral di bandar pantai di Alexandria, membunuh sekurang-kurangnya 17 nyawa.

“Kerajaan dan agensi lain berusaha keras untuk mengesan dan menangkap suspek serangan itu,” kata al-Sisi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, kementerian telah mengenal pasti seorang suspek yang dikenali sebagai Mohamed Hassan Mubarak Abdullah, 31, dilaporkan tinggal di wilayah Suez.

Militan IS sebelum ini mengaku bertanggungjawab dalam serangan pengeboman bunuh diri yang mengorbankan 45 nyawa di dua gereja di Tanta dan utara Kaherah pada 9 April lalu.

Susulan kejadian itu, al-Sisi mengisytiharkan darurat selama tiga bulan ke atas negara berkenaan.- Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *